Diterbitkan pada 14 September 2025, 09:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian berhubung hantaran tular media sosial melibatkan seorang pempengaruh, berkait penyaman udara untuk sebuah sekolah di Putrajaya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Yang Berbahagia (YBhg.) Dr. Mohd Azam Ahmad dalam kenyataan media berkata, KPM telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan dan orang perseorangan untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan.

Walau bagaimanapun, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata sumbangan perlu dilakukan berdasarkan garis panduan sedia ada bagi memastikan proses penyaluran sumbangan yang teratur dan keselamatan sekolah.

Dalam hal ini, beliau berkata, KPM perlu mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk semua warga sekolah.

“Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk terus memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan kondusif. Berkenaan dengan situasi di sekolah, sumbangan ini berada dalam tindakan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP),” ujarnya.

Oleh itu, katanya, KPM telah menyediakan peruntukan bagi menyelenggara dan menambah baik fasiliti institusi pendidikan JPWPP.

“KPM sentiasa berusaha untuk memastikan infrastruktur dan fasiliti terbaik dapat disediakan demi manfaat murid, guru dan seluruh warga pendidikan,”ujarnya lagi.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi