Diterbitkan pada 20 Ogos 2025, 11:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 akan diumumkan pada hari esok, 21 Ogos 2025.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memberitahu sebanyak 10,049 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun 2025 di 186 pusat peperiksaan seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, KPM menekankan calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 bermula 21 hingga 27 Ogos 2025 (Khamis – Rabu), dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Calon yang ingin membuat semakan hendaklah melalui beberapa kaedah, iaitu semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my; dan/atau semakan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” ujarnya.

KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi