Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNilai – Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Bahria bagi memperkukuh kerjasama akademik antara kedua-dua universiti pada peringkat antarabangsa, baru-baru ini.
Menurut Penolong Naib Presiden (Strategi & Penyelidikan Kumpulan) ELMU, YBrs. Puan Jennifer Fernandez berkata, MoU tersebut mencerminkan komitmen ke arah pertumbuhan bersama, kecemerlangan pendidikan dan kerjasama dalam jangka masa panjang dalam bidang utama seperti penyelidikan, pembangunan pelajar dan latihan profesional.
“Melalui kerjasama ini, ELMU dan Universiti Bahria akan memberi tumpuan kepada pemindahan kredit akademik; pertukaran pelajar dan staf; menjalankan penyelidikan; penganjuran simposium dan bengkel; peluang latihan industri dan pembangunan kemahiran pelajar serta biasiswa, diskaun akademik dan sokongan penilaian PhD,” katanya ketika majlis mendatangani MoU itu di kampus ELMU di Bandar Enstek.
Sementara itu, Rektor Universiti Bahria, Naib Laksamana (B) Asif Khaliq berkata bahawa, kerjasama akademik antarabangsa ini penting untuk memastikan pendidikan yang disampaikan relevan pada peringkat global serta memberikan impak pada peringkat tempatan.
“MoU ini adalah langkah yang tepat dalam memperkukuh pendidikan tinggi rentas sempadan,” ujarnya.
Pada masa yang sama, majlis turut menyaksikan MoU yang ditandatangani oleh Naib Canselor ELMU, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed bersama-sama dengan Rektor Universiti Bahria, Naib Laksamana (B) Asif Khaliq HI (M) yang akan berkuat kuasa selama (5) lima tahun boleh diperbaharui berdasarkan persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
Sebagai rekod, Universiti Bahria ditubuhkan oleh Tentera Laut Pakistan pada tahun 2000 sehingga kini merupakan sebuah institusi pendidikan terkemuka di Pakistan.
