Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKota Belud – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Gantian Baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abai, sekali gus meningkatkan akses pendidikan di Kota Belud.
Projek ini merangkumi pembinaan bangunan gantian baharu, blok pentadbiran, blok akademik dengan sebanyak 12 bilik darjah, kantin, tandas dan kemudahan lain dengan kos keseluruhan berjumlah RM20 juta.
Menurut YB Fadhlina Sidek, Kerajaan MADANI memberikan tumpuan khusus kepada usaha untuk meningkatkan akses pendidikan terutamanya kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan projek pembangunan semula bagi sekolah daif.
“Sehingga bulan Julai 2025, sebanyak 390 projek pembangunan semula sekolah daif diluluskan di Sabah dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM6 bilion,” kata beliau pada hari ini.
Beliau juga berkata, sebanyak 59.7 peratus projek telah siap sepenuhnya, 16.4 peratus dalam pembinaan dan 23.8 peratus pada peringkat prabina.
Turut hadir pada majlis ini adalah Ahli Parlimen Kota Belud, YB Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak.