Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan secara rasmi tarikh keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 iaitu, pada 24 Jun 2025 kelak (Ahad).
Menurut MPM dalam suatu kenyataan rasmi, sebanyak 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2024 di 670 buah pusat peperiksaan di seluruh negara, manakala sebanyak 22,852 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.
Sehubungan dengan itu, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui dua kaedah iaitu, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip mesej STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024.
Sistem SMS mula diaktifkan mulai jam 11:00 pagi pada 24 Jun 2025 (Selasa) sehingga jam 12:00 tengah hari pada 4 Julai 2025 (Jumaat) bagi semakan keputusan STPM 2024.
Calon juga boleh membuat semakan peperiksaan melalui talian di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2024 mulai jam 11:30 pagi pada 24 Jun 2025 (Selasa).