Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 13 Jun 2025, 10:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius laporan mengenai kewujudan halaman pedofilia yang memaparkan gambar yang berkaitan dengan murid sekolah dalam media sosial, sekaligus menggesa institusi pendidikan serta ibu bapa mengambil tindakan segera bagi membendung isu kandungan lucah yang semakin membimbangkan.

KPM menjelaskan bahawa pelaksanaan modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa, dengan tempoh pengajaran bagi modul ini akan dipanjangkan dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

“Semua institusi pendidikan KPM diwajibkan mematuhi garis panduan yang sedang digunapakai bagi menangani isu gangguan seksual dengan berkesan serta khidmat sokongan psikososial juga perlu diperkukuh untuk memberikan sokongan kepada murid”, jelas KPM dalam kenyataannya pada hari ini.

Pada masa yang sama, KPM turut menggesa ibu bapa untuk memainkan peranan proaktif di rumah dengan mendidik dan melindungi anak-anak dari ancaman gangguan seksual.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi