Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur − Bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut yang berlangsung di One Utama, pagi tadi.
Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, 21 April hingga 21 Mei 2025.
Dalam majlis yang sama, Sensodyne turut memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan bagi masalah gigi sensitif.

Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, YBrs. Encik Law Chen berkata bahawa ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif.
“Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang tanpa berusaha menangani punca sebenar. Oleh itu, Sensodyne bersama-sama dengan Persatuan Pergigian Malaysia berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan intervensi awal masalah gigi sensitif,” ujar beliau.
“Menurut satu kajian oleh Haleon, gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5 peratus) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas,” tambah beliau.
Sebagai respons terhadap isu ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran ubat gigi baharu, Sensodyne Fresh Mint dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif.
YBrs. Law Chen berkata Sensodyne Fresh Mint turut menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani gigi sensitif seperti perlindungan 24 jam tanpa rasa ngilu; memberikan rasa segar yang berpanjangan; menggilap gigi dan menghilangkan kotoran serta menyingkirkan bakteria.
Pakar periodontik wakil Persatuan Pergigian Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Salman Masri berkata bahawa masalah sensitiviti gigi bukan isu kecil tetapi boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam.
“Namun begitu, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana kesakitan yang disebabkan oleh gigi sensitif menjejaskan kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik-baik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.” ujar beliau.
Turut hadir di dalam majlis ialah Presiden Persatuan Pelajar Pergigian Malaysia, YBrs. Puan Chan Hui Yin; Pengerusi Majlis Dekan Pergigian, YBrs. Profesor Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom; Yang Berbahagia (YBhg.) Brigedier Jeneral Dr. Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal Abdullah mewakili Pengarah Pergigian Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dr. Zulkifli Zainal Abidin;
Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, YBrs. Dr. Jamaliah Omar mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, YBrs. Dr Fauziah Ahmad dan Presiden Persatuan Pergigian Malaysia merangkap Dekan Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA, YBrs. Profesor Madya Dr. Mas Suryalis Ahmad.
Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit.