Diterbitkan pada 2 April 2025, 11:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Puchong – Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Kerajaan Selangor, Ng Sze Han mengumumkan bahawa syarikat automotif  Chery Malaysia bersetuju membekalkan sebanyak 50 buah kereta kepada mangsa kebakaran di Putra Heights yang terjadi baru-baru ini.

Menurut beliau, bantuan ini diberikan selama sebulan bagi memudahkan urusan mangsa kebakaran yang kehilangan kenderaan akibat terbakar dalam  kejadian itu.

“Terima kasih kepada Chery kerana menyediakan  kenderaan secara percuma untuk membantu mangsa bencana menghadapi saat sukar ini!

“Ramai mangsa kehilangan kenderaan dalam kebakaran di Putra Heights. Setelah meninjau kawasan terjejas semalam dan memahami keperluan mendesak penduduk untuk pengangkutan, saya segera menghubungi Chery Malaysia. Saya amat menghargai respons pantas dan keprihatinan mereka dalam menyediakan 50 kenderaan untuk membantu mangsa bencana,” kata beliau hari ini melalui Faceooknya.

Letupan kuat di Putra Heights semalam bukan sahaja mengejutkan penduduk, malah meninggalkan kesan apabila telah memusnahkan sebanyak 300 buah bangunan.

Dengan suhu bahang api yang dikatakan mencecah 1000 darjah celsius, sebanyak 78 rumah hancur sepenuhnya, manakala sebanyak 148 kereta serta 11 motosikal turut mengalami kerosakan teruk.

Dalam keadaan sukar ini, Chery Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.

 

 

 

Kredit Foto: Facebook Nge Sze Han
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi