Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSeremban – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengadakan sesi lawatan kerja ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, semalam untuk meninjau perkembangan status terkini hospital tersebut.
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, YBhg. Dato’ Dr. Zaleha Md. Noor mengenai pengoperasian hospital, pelan pembangunan hospital, penggantian peralatan, sumber manusia serta pendigitalan dan kelestarian.
Dalam lawatan ini juga, beliau dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan dan wad yang terlibat dengan Projek Naik Taraf Infrastruktur untuk memantau status pelaksanaan terkini.

Sebagai rekod, Hospital Tuanku Ja’afar telah mula beroperasi sebagai Hospital Umum Seremban pada tahun 1930, kemudian dijenamakan semula kepada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 27 Mac 2006.
Hospital ini juga menyediakan perkhidmatan kesihatan sebanyak 19 kepakaran dan 53 subkepakaran.
Turut hadir dalam lawatan ini termasuklah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus; Setiausaha Bahagian (SUB) Kanan, Bahagian KKM, YBhg. Datin Paduka Roslinah Md. Jani; SUB Perolehan dan Penswastaan KKM, YBhg. Datuk Mohd Fauzee Abdul Majid; SUB Kewangan KKM, Encik Dhanesh Kumar Danesekaran; Arkitek Penguasa Kanan KKM, Puan Rahawiah Shafiei, Cawangan Kerja Kesihatan JKR serta pegawai kanan KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.