Diterbitkan pada 11 Mac 2025, 17:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Sungai Petani – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) bagi mengagihkan 1,800 bubur lambuk kepada pelajar dan komuniti tempatan sempena Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025.
Kerja-kerja memasak bubur lambuk buat julung kalinya berlangsung di perkarangan KKSP.
Kakitangan KKSP, YBrs. Puan Syahidah Ilias (kanan) dan YBrs. Encik Mohd Faizal Abdul Rahman (kiri) menyerah bubur lambuk kepada kakitangan bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.
Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, YBrs. Encik Azhar Ahmad berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diadakan itu berjaya mengerat hubungan silaturahim antara institusi pendidikan dan komuniti tempatan.
“Kami di PTPTN sentiasa berusaha bukan sahaja dalam menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan tetapi juga dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial yang dapat membantu pelajar dan komuniti,” ujar beliau.
Menurut beliau, kerjasama diadakan diharap dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada semua yang terlibat.
Kakitangan KKSP, YBrs. Puan Syahidah Ilias menyerahkan bubur lambuk kepada seorang anggota polis trafik di Sungai Petani.
Pengarah KKSP, YBrs. Dr. Reezlin Abd Rahman menyambut baik usaha PTPTN atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.
“Pelibatan aktif pelajar, pensyarah, warga kerja KKSP serta kakitangan PTPTN setelah berganding bahu dalam menyediakan bubur lambuk itu merupakan usaha baik yang menyatukan seluruh warga yang terlibat.”
Beliau berharap program itu diteruskan lagi pada masa akan datang dan KKSP dipilih bagi menyedia dan mengagihkan bubur lambuk. Usaha ini secara tidak langsung mendekatkan hubungan baik antara PTPTN dengan Kolej Komuniti di bulan puasa.
“Bubur lambuk itu telah diagihkan kepada pengguna jalan raya di Tol Sungai Petani Utara, anggota Balai Bomba Amanjaya dan Bakar Arang, pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, anggota Polis Trafik Sungai Petani serta masyarakat sekitar,” jelas YBrs. Dr. Reezlin.
Menurut beliau, dengan adanya kolaborasi seperti ini, diharapkan lebih banyak inisiatif menarik dapat dijalankan bagi membantu pelajar serta komuniti setempat.
Kredit Foto: Abd Razak Osman
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi