Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSepang – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan Majlis Perasmian Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Desa Pinggiran Putra, petang semalam yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat (YB) Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.
Dalam majlis perasmian tersebut, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu berkata, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan membangunkan dan menaik taraf kemudahan TRM di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
“Pembangunan TRM adalah untuk memberikan fokus kepada penyediaan persekitaran yang hijau dan kemudahan landskap bagi tujuan rekreasi penduduk serta manfaat komuniti setempat,” ujar beliau.
Tambah beliau,
“Pembinaan taman rekreasi MADANI ini dapat memberikan akses kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan Desa Pinngiran Putra malah dapat menjalankan aktiviti gaya hidup sihat.”

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu melancarkan Majlis Perasmian Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Desa Pinggiran Putra, Sepang.Sebagai rekod, PKT merancang untuk membangunkan 100 taman rekreasi MADANI pada setiap tahun dalam tempoh lima tahun untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 500 taman rekreasi menjelang tahun 2028. Manakala pada tahun 2024 pula, sebanyak 109 TRM dan projek pembangunan landskap telah disiapkan serta dibangunkan melibatkan kos sebanyak RM51.9 juta.