Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya- Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek mengadakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya untuk melihat pengoperasian sesi persekolahan baharu dan penggunaan 12 buah bilik darjah tambahan yang menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS).
Dalam satu kenyataan media, beliau berkata bahawa projek pemasangan bilik darjah baharu menggunakan kaedah IBS yang termasuk kerja pengubahsuaian serta pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas yang bernilai RM2 juta ini telah diserahkan kepada SK Cyberjaya pada bulan September tahun lalu untuk memberikan manfaat kepada lebih 400 orang pelajar.
Tambah Fadhlina Sidek,
“Pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS adalah penyelesaian jangka pendek yang efektif bagi menangani isu kepadatan sekolah untuk memberikan keselesaan kepada guru dan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Sebagai penyelesaian jangka panjang, sekolah baharu iaitu SK Cyberjaya 2 kini berada dalam fasa pembinaan dengan kelengkapan sebanyak 36 buah bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain. Projek ini dijangka siap pada tahun 2027”.

Kerajaan MADANI turut memperuntukkan sebanyak RM69 juta untuk pembinaan 301 buah bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS di 95 buah sekolah di seluruh negeri Selangor untuk meningkatkan akses pendidikan dan menangani isu kepadatan sekolah.
Turut hadir dalam lawatan rasmi itu ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB. Datuk Aiman Athirah Sabu.