Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Leftenan Jeneral Yang Berbahagia (YBhg.) Datuk Arman Rumaizi Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ke-8 (UPNM) berkuat kuasa pada 31 Januari 2025.
Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat (YB.) Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Arman Rumaizi Ahmad.
YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata, Datuk Arman Rumaizi Ahmad memiliki pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki serta yakin beliau berupaya meneraju dan memperkasakan tadbir urus UPNM terutamanya dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.
Datuk Arman Rumaizi berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2012. Sebelum ini, Datuk Arman Rumaizi merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tahun 2022.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang, selain pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2018.
Pada masa yang sama, Menteri Pegnajian Tinggi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Jeneral YBhg. Datuk Mardzuki Muhammad yang menerajui UPNM sebelum ini.
Hadir sama dalam sesi ringkas semalam Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YB Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.