Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis (UiTM Cawangan Perlis), YBhg. Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor berkata universiti perlu memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan para graduan mampu bersaing dan menyerlah dalam mana-mana industri yang diceburi.

“Penganjuran program Program Career Kickstart Fair 2025 1.0 bertepatan dengan misi universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malah turut bersedia menempuh cabaran dunia pekerjaan,” ujar beliau sebelum merasmikan program Career Kickstart Fair 2025 1.0 di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR UiTM Cawangan Perlis.
Program kerjaya ini adalah usahasama Fakulti Sains Gunaan dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan; Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi; Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik; Kolej Pengajian Alam Bina dan Unit Kerjaya dan Kaunseling.
Program ini akan dijalankan selama dua hari, iaitu pada 17 dan 18 Januari ini.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan, YBrs. Dr. Nur Nasulhah Kasim berkata tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan siswazah mengenai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai industri.
“Program ini juga berfungsi sebagai medium untuk memahami spesifikasi pekerjaan, suasana kerja dan cabaran yang bakal ditempuhi,” jelas beliau.
Gambar 3: Penyempurnaan Gimik Perasmian di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis
Sementara itu, pengarah program ini, YBrs. Dr. Wan Nur Atikah Haji Wan Nafi berharap para peserta program dapat memanfaatkan peluang sepenuhnya bagi mendapatkan maklumat dan memperkukuh pemahaman mengenai halatuju kerjaya masing-masing. “Semoga pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat dijadikan panduan dalam merancang perjalanan kerjaya dengan lebih jelas dan terarah,” ujar beliau.

Penganjuran program telah menerima tajaan daripada Gen X Multi Resources Sdn. Bhd.; Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC); Hermission Sdn. Bhd.; I Net Spatial Sdn. Bhd. dan Athanliz Innovations Sdn. Bhd.
Pempamer yang hadir termasuklah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); Talent Suites Sdn. Bhd.; Fatty Chemical (M) Sdn. Bhd.; Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; Al Fateh Consulting; Yayasan Kebajikan Negara; Juruukur Al-Fateh; Telekom Malaysia Berhad; Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Perlis; Central Sugars Refinery (Padang Terap) Sdn. Bhd.; Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis; Mitsubishi serta Sunway Theme Parks.
Turut hadir ke majlis perasmian ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, YBrs. Profesor Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, YBrs. Encik Wan Mohd Yaseer Mohd Abdoh; Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail serta Koordinator Program Fakulti Sains Gunaan, YBrs. Dr. Rosyaini Afindi Zaman dan YBrs. Dr. Faiezah Hashim.