Diterbitkan pada 14 November 2024, 21:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk menerapkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara.

Keputusan tersebut dibuat ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Sabah, YB Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif pada 12 November 2024, di Putrajaya.

KPM telah meluluskan lima tuntutan tambahan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah seperti yang telah diluluskan kepada Kerajaan Sarawak.

Menerusi kenyataan media tersebut, KPM juga komited dalam usaha menterjemahkan semangat MA63 menerusi usaha berterusan memperkasakan pendidikan di Sabah.

Antara keputusan penting yang turut dipersetujui secara bersama dalam mesyuarat tersebut adalah berkaiatn dengan pengambilan guru baharu yang dipecahkan kepada tiga wilayah, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi