Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi Program Sembang Santai Rektor telah menghimpunkan beberapa mantan rektor yang telah berkhidmat di UiTM Cawangan Perlis di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.
Forum tersebut telah menampilkan dua mantan rektor sebagai ahli panel, iaitu YBhg. Dato’ Dr. Haji Ahmad Redzuan Haji Abd. Rahman dan Dr. Hamidi Abd Hamid bersama-sama Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis.
Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi ketika berucap berkata objektif penganjuran program ini adalah untuk menjadi platform kepada tokoh pemimpin universiti untuk berkongsikan maklumat dan ilmu pengetahuan serta memberikan bimbingan dan nasihat yang bernas kepada warga kampus.
“Program Sembang Santai Rektor membuka pentas perkongsian tentang pengalaman kepimpinan sebagai pentadbir universiti yang menjadi penanda aras kepada kejayaan kampus,“ kata beliau.
Forum ini telah dibahagikan kepada tiga tema, iaitu “Menelusuri Pengalaman/Kenangan yang Tidak Dapat Dilupakan”, “Transformasi di UiTM Cawangan Perlis” dan “Aspirasi kepada UiTM Cawangan Perlis”.
Forum selama tiga jam ini telah dipimpin oleh moderator merangkap Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim.

Menurut Profesor Madya Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim, forum yang bertemakan Memperkasa Akademia Melestari Universiti memberikan peluang kepada warga akademik untuk menghayati perjuangan dan aspirasi mantan rektor semasa mengemudi kepimpinan di UiTM Cawangan Perlis.
“Program yang membariskan dua mantan rektor dan seorang rektor ini membolehkan mereka perkongsian pengalaman, aspirasi dan harapan mereka buat UiTM Cawangan Perlis tercinta,“ kata beliau.

Turut hadir menyaksikan program ini ialah Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail; para pentadbir akademik, ketua unit, alumni, para pengarah agensi kerajaan dan swasta; dan warga UiTM Cawangan Perlis.