Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMelaka – Kerjasama antara Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama-sama Majlis Amanah Rakyat yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mampu membangunkan tenaga kerja berkemahiran dan menggalakkan pembangunan pengamal profesional dalam sektor automotif.
Malaysia telah mencapai sasaran sebagai hab eksport automotif di bawah Dasar Automotif Nasional 2020, sehingga muncul sebagai industri automotif kedua terbesar di Asia Tenggara. Sebagai rekod, negara mencatatkan pengeluaran tertinggi kenderaan sebanyak 799,731 buah pada tahun 2023, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.
Majlis Ekspo TVET tersebut, dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Manakala MARA diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perhubungan Luar dan Antarabangsa, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Ir. Mohd Nizam Mokhri.
Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar Nippon Paint, Encik Tay Zhe turut menyatakan bahawa MoU ini menandakan satu pencapaian besar Nippon Paint sebagai usaha yang berterusan dan pelaburan masa depan tenaga kerja Malaysia terutamanya dalam industri automotif.
“Persaingan dalam industri ini amat sengit, namun Nippon Paint Automotive Refinish sentiasa melangkah jauh ke hadapan untuk kekal sebagai peneraju dan pada masa yang sama, menetapkan standard baharu dalam industri dengan salutan yang terbaik untuk setiap jenis kenderaan bagi pemilik kereta di Malaysia,” ujar beliau.