Diterbitkan pada 24 September 2024, 17:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Muhammad Haziq Noor Affandi

Putrajaya- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pengumuman keputusan Sijil Pendidikan Malaysia Ulangan (SPMU) 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2024.

KPM menyatakan bahawa sebanyak 8,195 orang calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara pada tahun ini.

Semua calon SPMU boleh membuat semakan keputusan peperiksaan menerusi portal myresultspmu.moe.gov.my atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) pada 1 Oktober hingga 7 Oktober 2024 bermula jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

KPM turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPMU atas keputusan cemerlang yang bakal diperoleh.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi