Diterbitkan pada 23 Ogos 2024, 15:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jitra – Mahasiswa Kedah merapatkan hubungan dengan komuniti masyarakat setempat melalui program Pertandingan Kacau Bubur Asyura yang telah diadakan di laluan sempadan Taman Tengku Maheran dan Kampung Tanah Merah, Jitra.

Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Tengku Maheran Zon A (KRT TTM Zon A). Program ini melibatkan penyertaan daripada empat kumpulan. Kumpulan Kampung Dalam Tanah Merah telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, diikuti oleh KRT Taman Tengku Maheran di tempat kedua, dan Kampung Luar Tanah Merah di tempat ketiga.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini bukan sahaja merayakan tradisi Kacau Bubur Asyura, tetapi juga bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan antara penduduk kampung dengan mahasiswa yang terlibat.

Pengerusi KRT menyampaikan hadiah kepada peserta.

Mahasiswa yang terlibat terdiri daripada anak Kedah dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Kehadiran dan pelibatan mereka secara tidak langsung menunjukkan komitmen dan semangat dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.

Komuniti masyarakat penduduk kampung turut memuji usaha penganjuran program ini yang bukan sahaja memberikan ruang untuk menzahirkan tradisi tetapi juga menyemarakkan hubungan baik antara generasi muda dengan masyarakat. Pengerusi KRT TTM Zon A, Ts. Abdul Aziz memberikan penghargaan kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Pertubuhan Usahanita membantu KOSPEN dalam melakukan pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain daripada program tersebut, pelbagai aktiviti menarik juga telah diadakan termasuklah pembukaan kaunter Tabung Haji dan kaunter KOSPEN yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma.

 

 

 

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi