Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan bahawa pihak mereka menyambut saranan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menganjurkan program bersama saintis bagi meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Menerusi kenyataan yang sama, KPM bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan MOSTI telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM yang memberikan fokus terhadap hala tuju STEM.
Tambah KPM,
Pelbagai inisiatif pembudayaan , aktiviti dan program pembangunan STEM sedang giat berjalan du sekolah, selain dapat kerjasama dengan kementerian, agensi dan rakan strategik korporat.
“Seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri, sinergi antara kementerian dengan semua pihak berkepentingan dipergiatkan bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam bidang tersebut,” ulas KPM.