Diterbitkan pada 3 Julai 2024, 11:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dijadualkan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Penandatanganan Plak Tugu Masa 50 Tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis sempena Program Kemuncak Sambutan Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis.

Tuanku Pemangku Raja Perlis juga berkenan untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan warga kampus sejurus majlis berkenaan.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata, pelbagai pengisian acara telah dirancang bagi meraikan sambutan kemuncak penubuhan UiTM Cawangan Perlis pada 5 Julai 2024 termasuklah seminar “International Academic Discourse”, Khutbah Jumaat sempena 50 Tahun, Majlis Hi-Tea Kemuncak Jubli Emas dan pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan UiTM dengan pasukan daripada agensi Perlis.

Program Sambutan Kemuncak Jubli Emas ini juga bakal dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin; barisan Pengurusan Kanan universiti; Ketua-ketua Agensi; pesara UiTM; Alumni dan rakan-rakan industri dan institusi UiTM Cawangan Perlis.

Lebih 200 orang warga UiTM Cawangan Perlis yang terdiri daripada staf dan pelajar sedang giat melakukan persiapan akhir sebagai persediaan untuk pelbagai acara yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Pasukan Koir yang terdiri daripada staf di pelbagai unit dan bahagian UiTM Cawangan Perlis ini dilatih oleh Encik Azarizal Md Basir dari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Perlis.
Pasukan Pancaseri sedang giat menjalani latihan persembahan menjelang kemuncak dan dilatih oleh Puan Nor Fadhilah Mohamad Noor Akae daripada Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Perlis.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi