Diterbitkan pada 31 Mei 2024, 16:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menyambut baik pengumuman Google untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia, sekali gus perkukuhkan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital (DPD) di Malaysia.

Pelaburan Google turut memberikan nilai tambah terhadap usaha untuk mempertingkatkan program celik kecerdasan buatan (AI) bagi manfaat murid dan guru.

Tambah KPM,

Inisiatif seperti gemini Academy dan Experience AI yang sedang dilaksanakan adalah bertepatan dengan dengan DPD yang dilaksanakan menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid serta warga pendidik.

“Kerjasama strategik yang dijalin antara KPM dengan Google adalah penting untuk pengukuhan pelaksanaan DPD serta untuk memastikan usaha mereformasikan pendidikan negara berjaya,” ulas KPM dalam kenyataan media tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi