Diterbitkan pada 19 Januari 2024, 20:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hulu Kelang – Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) diteruskan lagi dengan Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Kerja Gantian Penuh dan Naik Taraf Sistem Mekanikal, Elektrikal dan Pencegah Kebakaran (Fasa 1) di Kompleks DBP Hulu Kelang, Selangor, pada pagi tadi.

Penyerahan projek siap yang diadakan di Bilik Latihan, Kompleks DBP Hulu Kelang telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Selangor, YBrs. Tuan Ir. Haniff Ab Hamid kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP, YBrs. Encik Zulfa Hamzah. Kerjasama yang melibatkan DBP dengan JKR Negeri Selangor ini diadakan bagi menambah baik infrastruktur dan aspek keselamatan Kompleks DBP di Hulu Kelang.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP, YBrs. Encik Zulfa bin Hamzah.

Menurut YBrs. Encik Zulfa Hamzah, kerja penggantian dan naik taraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) termasuk Sistem Pencegahan Kebakaran harus dilaksanakan di kompleks Hulu Kelang bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994; Akta Perkhidmatan Bomba, 1988 dan akta lain yang berkuat kuasa, selain keperluan untuk mendapatkan Sijil Perakuan Bomba.

Tambah beliau,

Sejak tahun 2014, DBP telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak JKR bagi memberikan nasihat dalam aspek teknikal dan menguruskan kerja pembangunan fizikal .

Naik Taraf Sistem Mekanikal, Elektrikal dan Pencegah Kebakaran (Fasa 1) di Kompleks DBP Hulu Kelang dilaksanakan dari 6 Oktober 2022 dan selesai pada 27 November 2023 yang merangkumi skop kerja elektrikal dan sistem pencegahan kebakaran seperti naik taraf pendawaian dalaman dan luaran termasuklah kabel bawah tanah, sistem perlindungan kilat, pemasangan lampu dan aerohub.

Yang turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Tuan Haji Razali Che Mat; Jurutera Elektrik Kanan (Unit Perunding Inspektorat Kejuruteraan Elektrik (UPIKE), JKR Malaysia, Puan Ir. Wan Fatimah Wan Muhamad; Pengurus Projek, Kejuruteraan Warisan Teknik Sdn Bhd, Encik Faisal Awab; pegawai JKR Negeri Selangor; pegawai DBP dan wakil syarikat Kejuruteraan Warisan Teknik Sdn. Bhd.

Jurufoto: Zaidah Zakaria

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi