Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – “Hampir setengah juta pelajar di universiti awam Malaysia kini dapat menikmati kelebihan Kad Debit-i RHB MySiswa, iaitu kad yang boleh digunakan sebagai kad matrikulasi dan kad debit, dua dalam satu.” Berikut kenyataan daripada RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) yang telah bergabung tenaga dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mempromosikan rangkuman kewangan kepada para pelajar di universiti awam melalui Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa yang pertama.
Menurut YBhg. Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.
Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa diadakan untuk mempromosikan kelebihan Kad Debit-i RHB MySiswa, iaitu kad pintar pelbagai guna pelajar yang berfungsi sebagai kad matrikulasi pelajar dan kad debit. Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa kami mendapat sambutan positif yang menggalakkan di mana lebih daripada 102,000 penyertaan melibatkan pelajar universiti awam.
Bagi musim pertama, RHB telah menawarkan hadiah utama bulanan dan lima skuter Vespa S125 bernilai hampir RM14,000 setiap satu. Selain mempromosi kelebihan menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa untuk pembelian harian mereka, kempen ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk memiliki skuter Vespa serba baharu dan bergaya, serta membolehkan mereka tampil yakin untuk hadir ke kelas. Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa adalah kesinambungan daripada kejayaan “Bank Your Way Ride Your Style Campaign” RHB, yang diperkenalkan pada tahun 2023. Para pelanggan perlu berbelanja dan berpeluang untuk mereka bentuk dan memperibadikan Vespa mereka sendiri. Pemenang-pemenang kempen tersebut akhirnya dapat merealisasikan rekaan Vespa mereka menjadi sebuah kenyataan.

Kad Debit-i RHB MySiswa adalah pilihan gaya hidup yang bersesuaian dengan nilai dan aspirasi generasi muda. Kad ini merupakan kad bersepadu yang menyediakan pelajar kepada akses terhadap perkhidmatan sokongan universiti seperti pendaftaran kehadiran, akses pintu dan perkhidmatan perpustakaan sambil membolehkan mereka menguruskan dana dan menikmati penyelesaian pembayaran tanpa tunai “cashless campus”. Di samping itu, pelajar bakal menikmati pelbagai diskaun serta promosi eksklusif daripada lebih 100 peniaga yang mengambil bahagian, antaranya termasuklah perkhidmatan makanan dan minuman, pengangkutan, pendidikan, e-sukan dan permainan dalam talian, produk gaya hidup dan perkhidmatan lain seperti pakej telekomunikasi setiap kali mereka menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa mereka. Sehingga kini, Bank telah mengaktifkan hampir 590,000 Kad Debit-i RHB MySiswa dan merekodkan hampir RM87 juta jumlah transaksi. Keadaan ini membuktikan bahawa kad bank ini popular dalam kalangan pelajar universiti awam.

Menurut YBhg. Dato’ Adissadikin lagi,
Kad Debit-i RHB MySiswa merupakan satu daripada satu cara kami memperkukuh keterangkuman kewangan dalam kalangan belia Malaysia, terutamanya pelajar universiti. Perkar ini melambangkan pemerkasaan, tanggungjawab kewangan, selangkah ke arah gaya hidup yang bertanggungjawab bersesuaian dengan kumpulan sasar kami. Kad ini berfungsi sebagai kaedah inventif terhadap pemerkasaan kewangan yang membolehkan pelajar menguruskan wang mereka dengan lebih berkesan. Perakra ini merupakan tujuan utama Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa, dan untuk mengembangkan lagi kejayaan musim pertama ini, kami telah melancarkan kempen Musim kedua, yang berlangsung hingga 14 Januari 2024. Untuk Musim kedua, pelajar yang menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa akan berpeluang memenangi hadiah dan pulangan tunai yang lebih menarik, di mana pemenang utama bakal membawa pulang sebuah Perodua Axia 1.0 SE,
Bersama-sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, kami akan terus memperkukuh usaha kami ke arah keterangkuman kewangan dan memperkasakan generasi muda melalui inisiatif seperti Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa.
Untuk maklumat lanjut berkait Kad Debit-i RHB MySiswa serta tawaran eksklusif terkini yang ditawarkan kepada pelajar universiti awam, sila layari laman sesawang portal RHB Joy@Uni.