Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBeseri – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semangat kesukarelawanan sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat.
Semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong-menolong dan membantu, selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisyen ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat.
Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengurniakan “Anugerah Muallaf Contoh 2023” daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Maisarah Abdullah (Kingdan Panya) di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Maisara merupakan pemegang Ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand menerima sumbangan sebanyak RM1000 dan juga cenderamata daripada MAIPs selain sijil.
Titah baginda,
Maisara merupakan antara contoh Muallaf yang cekal dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu serta memperbaiki kehidupan diri serta keluarga. Sikap sebeginilah yang perlu dicontohi dan diteladani semua.
Dalam majlis yang sama, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Paya dan Padang Lati.