Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan melalui kenyataan medianya bahawa permohonan Fasa 1 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2024/2025 bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023 dibuka bermula 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2023.
Manakala permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM 2023 diumumkan.
Permohonan Program Matrikulasi KPM percuma dan boleh dibuat melalui laman sesawang di pautan yang berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan permohonan akan diumumkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2023 diumumkan.
Pelajar yang berjaya mendapat tawaran Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran serta dokumen pendaftaran melalui laman sesawang.