Diterbitkan pada 1 Disember 2023, 10:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Pertandingan Pidato Pembangunan Lestari Bank Pembangunan Malaysia Berhad 2023 pada 29 November 2023 (Rabu) bertempat di Auditorium Aras 6, Menara Bank Pembangunan. Pertandingan ini julung kali diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun BPMB yang ke-50 dan juga Minggu Pembelajaran BPMB 2023.

Pertandingan pidato ini dibuka penyertaannya kepada semua kakitangan yang berkhidmat dalam institusi kewangan pembangunan dan bermatlamat untuk memupuk rasa bangga dan kecintaan dalam penggunaan bahasa kebangsaan di samping mencungkil bakat dan kemahiran berpidato bagi melahirkan kakitangan institusi kewangan yang berketerampilan.

Encik Mohammed Faeizal Fareez Ab Rahman dari Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3000, piala iringan, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Encik Muhammad Ruzzaimei Azhar dari BSN dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2000, piala iringan, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP. Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Encik Mohd Amirul Haziq Anuar, juga dari BSN dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, piala iringan, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP.

Manakala pemenang hadiah sagu hati pula masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM200, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP. Mereka terdiri daripada Puan Wan Atirah Wan Zulkarniain (SME Bank), Encik Ahmad Asfiya Salehudin (MIDA), Puan Nur Ida@Niki Mohamed Kamal (Exim Bank Malaysia) dan Puan Farah Lizah Mahmud (Bank Simpanan Nasional).

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut, termasuklah YBrs. Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, YBrs. Encik Syed Mohd Fikree, Ketua Perancangan dan Pembangunan Strategi BPMB dan YBrs. Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafa, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi