Kuala Lumpur – Sukan teqball merupakan sukan yang menjadi platform kepada rakyat Malaysia untuk bersatu, menyokong antara satu sama lain dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Keberangkatan tiba Raja Muda Perlis disambut oleh residen Persatuan Teqball Malaysia, Siva Kumar Jakarathan dan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Sabran Abd Bahar.
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Kejohanan Pertama Liga Teqball Malaysia 2023 yang berlangsung di KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba bginda disambut oleh Presiden Persatuan Teqball Malaysia, Siva Kumar Jakarathan dan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Sabran Abd Bahar.
Sebanyak lapan pasukan terdiri daripada Selangor Virtus, DBKL Hunters, Kedah White Eagles, KPTM Raptors, Perlis Sky Teq, Negeri Sembilan Stags, Melaka Mavericks dan Johor Wonders yang melibatkan 100 individu termasuk pegawai dan pemain akan menyertai kejohanan ini yang dianjurkan oleh Persatuan Teqball Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan.
Pemain yang terpilih akan mewakili Malaysia ke Piala Dunia Teqball yang akan berlangsung di Thailand pada 29 November 2023 sehingga 2 Disember 2023.
Menurut Siva Kumar, Persatuan Teqball Malaysia sedang merancang untuk mengembangkan sukan teqball ke sekolah di seluruh malaysia dan akan mula menganjurkan kejohanan tempatan dan juga kategori umur peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2024.
Tambah beliau,
Kami berharap sokongan dari pihak kementerian, agensi agensi dan juga institusi korporat memberikan kami sokongan yang padu untuk program ini.
Sabran turut menyatakan, JBSN dan KBS sentiasa memberikan sokongan dan komitmen terhadap usaha yang dilakukan oleh semua persatuan sukan dalam membangunkan sukan, termasuklah sukan teqball.
Melalui sukan yang baru diperkenalkan ini akan dapat memberikan peluang kepada negara untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.