Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Ma’azlan Md Seh
Kota Kinabalu – Pada 20 Oktober 2023, seramai lima orang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gudon, Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS). Rombongan ini diketuai oleh Encik Jaini Hassan, Guru Besar SK Gudon dan disambut oleh Pengarah DBPCS, Puan Aminah Awang Basar bersama beberapa orang kakitangan DBP.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah mencapai persefahaman untuk bekerjasama dalam melestarikan kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah melalui hubungan dua hala, khususnya dalam mempelbagaikan program membaca dalam kalangan murid serta mengadakan beberapa program berimpak tinggi yang akan dijayakan bersama-sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Semasa sesi pertemuan ini juga, kedua-dua pihak menandatangi perjanjian Nota Persefahaman (NoU) yang disaksikan oleh Puan Julianah Kuli, Timbalan Pengarah II DBPCS dan Puan Junainah Dullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gudon bersama-sama dengan kakitangan DBP dan rombongan SK Gudon.

Diharapkan kerjasama antara dua pihak ini menjadi pembuka jalan ukhwah antara SK Gudon dan DBPCS serta memberikan impak positif kepada warga sekolah.