Diterbitkan pada 16 Oktober 2023, 18:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023, susulan penganjurnya menyokong Israel dalam konflik dengan Palestin, baru-baru ini.

Keputusan diambil adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberikan sokongan penuh kepada Palestin.

Tindakan serangan itu jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Maka demikian, DBP juga tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin.

Terdahulu, Malaysia menghantar delegasi ke Frankfurter Buchmesse dengan jumlah peserta sebanyak 53 orang merangkumi penerbit, penulis dan ejen sastera yang dikendalikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), iaitu agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi