Diterbitkan pada 16 Oktober 2023, 11:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada 5 254 200 orang pelajar bermula Januari 2024.

Susulan daripada Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM788 130 000 khusus untuk tujuan BAP kepada sekolah.

BAP sebanyak RM150 akan diagihkan kepada setiap pelajar secara sekali bayar, sama ada secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Menurut KPM dalam kenyataan pada pagi ini, mereka percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam usaha menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, KPM menasihati orang ramai agar membuat rujukan dan semakan tentang Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi