Diterbitkan pada 9 Oktober 2023, 18:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan majlis perasmian Kem Wawasan Negara di Dewan Warisan Kangar, Perlis, hari ini.

Kangar – Sebanyak 300 orang pelajar Perlis terpilih untuk mengambil bahagian dalam Kem Jati Diri Belia Perlis (Youth2Unity@Patriotic) 2023 yang berlangsung di tiga buah Kem Wawasan Negara (KWN) di Perlis, Kedah dan Perak.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah mencemar duli dalam majlis itu di Dewan Warisan Kangar pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut baik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Haji Mohd Haswandi Haji Ahmad.

Dalam majlis itu, Tuanku Raja Muda Perlis mengatakan bahawa belia yang terlibat mempunyai kekuatan dan kemampuan diri masing-masing boleh dibangunkan secara optimum ke arah mencapai sahsiah unggul dan jati diri yang mantap.

Tuanku Raja Muda Perlis sedang menyampaikan titah kepada 300 pelajar yang terpilih untuk menyertai Kem Jati Diri Belia Perlis.

Ilmu kepimpinan melalui nilai jati diri anak watan semestinya ada bagi belia negeri ini dalam menjadikan Perlis sebagai Maju dan Hebat.

Semoga ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan dalam sosiomasyarakat setempat supaya manfaat ini dapat memberikan impak yang baik kepada negeri Perlis khususnya.

Baginda bertitah lagi, pelaksanaan kem ini memberikan pendedahan tentang isu dan cabaran melalui penyatuan masyarakat dalam membina negara bangsa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Haji Mohd. Haswandi Haji Ahmad berkata,

Setiap satu-satunya kem berkenaan akan menempatkan sebanyak 100 orang peserta.

Kursus jati diri ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada belia khususnya dalam membentuk karakter dan mempunyai sifat kesiapsiagaan untuk terus komited dalam melaksanakan tugasan walaupun menempuh pelbagai cabaran dan halangan.

Mengulas lanjut, program ini merupakan anjuran kerjasama antara Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Rejimen 504 Askar Wataniah.

Pada kemuncak acara ini, sesi salam surai berupa “Flag-off Peserta” turut dimeriahkan dan disempurnakan oleh kedua-dua baginda sebagai simbolik pengurniaan bendera negeri Perlis kepada ketua-ketua yang terlibat ketiga-tiga kem itu.

Antara termasuklah Ketua Kem Wawasan Negara Kaki Bukit Perlis, Mohd Saiful Md Desa, Ketua Kem Wawasan Negara Kulim Kedah, Mohd Faizul Mohd Toff dan Ketua Kem Wawasan Negara Ulu Kenas Perak, Mohd Termizi Mat Bunor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan agar program ini dapat menjadi pemangkin bagi mengetengahkan dan menarik minat belia terutamanya anak watan di negeri ini agar sentiasa ada pembudayaan belia aktif di peringkat komuniti.

Baginda juga berharap kerjasama antara agensi negeri perlis dan agensi latihan, seperti i-LEAD, KBS menerusi pelbagai inisiatif mampu memberikan manfaat kepada belia Perlis dalam kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi