Diterbitkan pada 24 Ogos 2023, 20:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dibuat pada hari ini menghargai pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh dan masyarakat umum berkaitan dengan kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pelaksanaan tindakan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara efektif dengan merujuk aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Mana-mana subtopik yang berat dan tidak selari dengan keperluan semasa murid akan dinilai semula.

Menerusi kenyataan media tersebut, KPM menyatakan bahawa pihak mereka telah melaksanakan program Modul Bimbingan (MOBIM) untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai inisiatif membantu guru memahami kurikulum dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan.

MOBIM telah disebar luas ke semua sekolah melalui Mac 2023 iaitu bermula dengan Tahun Satu. Manakala MOBIM Tahun Dua dan seterusnya akan diedarkan secara berperingkat sehingga selesai.

MOBIM boleh diakses melalui pautan ini.

Sebagai langkah ke hadapan, KPM sedang membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu dengan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum,

Hingga hari ini, sebanyak 1600 orang yang terdiri daripada guru, pensyarah,ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri telah melibatkan 21 sesi libat urus dan pelaksanaan Konvesyen Kurikulum.

Bagi memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengemukakan pandangan, KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos hingga 15 September 2023 melalui pautan ini.

KPM sentiasa berusaha untuk terus memastikan murid dan guru berada dalam ekosistem kurikulum yang membangun potensi akademik dan sahsiah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi