Diterbitkan pada 21 Ogos 2023, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sebanyak 8587 calon berdaftar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 akan menduduki peperiksaan pada 4, 5 dan 6 September 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan SPMU melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik di 204 pusat peperiksaan seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, sebanyak 1639 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu, serta 1332 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan media pada hari ini, KPM mengingatkan agar semua calon peperiksaan SPMU tahun 2023 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, calon diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU 2023.

KPM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon peperiksaan SPMU Tahun 2023.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi