Diterbitkan pada 13 Ogos 2023, 00:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cheras – Ibarat pulang dengan tangan kosong, itulah realiti yang dihadapi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) apabila tewas di kesemua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 Negeri Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos 2023.

MUDA mempertaruhkan 14 orang calonnya dalam PRN Selangor.

Kekalahan MUDA ini seperti sudah dapat dijangkakan dari awal rentetan langkah menongkah arus yang diambilnya sejak mengumumkan parti itu akan meletakkan calon bertanding dalam PRN Selangor.

Hal ini demikian kerana selepas PRU Ke-15 yang lalu, MUDA dilihat sebagai parti yang “mesra” Kerajaan Perpaduan (PH-BN) di peringkat persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh parti gabungan PH-BN.

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan adalah ke manakah hala tuju dan bagaimanakah hubungan politik MUDA dengan Kerajaan Perpaduan PH-BN selepas ini?

Yang pasti ialah MUDA perlu memikirkan strategi yang lebih ampuh untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi demi memastikan kelangsungannya dalam arena politik Malaysia pada masa hadapan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi