Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangGeorge Town – Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 Pulau Pinang menyaksikan Chow Kon Yeow daripada Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh keputusan sebanyak 8261 undi atau sebanyak 87.83 peratus bagi N.26 Padang Kota.
Pertembungan dua penjuru tersebut turut memperlihatkan H’ng Khoon Leng daripada Perikatan Nasional (PN) memperoleh sebanyak 1145 undi atau 12.17 peratus.

Kemenangan Chow Kon Yeow dengan majoriti sebanyak 7116 undi sekali gus memberikan bayangan bahawa beliau bakal dilantik semula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.
Sebagai rekod, Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU-14), Chow Kon Yeow telah berjaya memperoleh sebanyak 34 663 undi dengan menewaskan Ng Siew Lai daripada Barisan Nasional (5064 undi), sekali gus memperoleh majoriti besar sebanyak 29 599.

PRN Pulau Pinang yang diadakan pada hari ini telah menyaksikan hanya 62.02 peratus pengundi yang keluar mengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar, iaitu sebanyak 15 165 orang sahaja.