Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 20:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kajang – Aliran trafik di seluruh negara setakat 1.00 tengah hari tadi lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan oleh PLUS Malaysia Berhad bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Menurut Bernama.com ketika menghubungi jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bahawa aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

Hanya aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama menuju utara sahaja mengalami sedikit kesesakan, iaitu laluan menuju ke Sungai Petani, Kedah dan Perai, Pulau Pinang.

Pada kebiasaannya, trend trafik meningkat pada pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam yang mungkin menyebabkan sedikit kesesakan. Keadaan trafik setakat ini masih lancar, namun bergantung kepada faktor kemalangan sekiranya ada berlaku.

Walau bagaimanapun, setakat pukul 6.30 petang tadi, PLUS melaporkan bahawa semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa.

Jurucakap PLUS melaporkan bahawa terdapat dua kemalangan di Kilometer (KM) 40.1 arah selatan, iaitu Sedenak ke Kulai dan KM 434 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, namun keadaan trafik masih terkawal dan tiada lorong terhalang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi