Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJurufoto: Khairul Azhar Baharudin

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui laman web rasminya melaporkan peratusan pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 adalah hampir 65 peratus setakat pukul 3.00 petang ini.
Terengganu kekal merekodkan peratusan yang tertinggi, iaitu sebanyak 64 peratus, diikuti dengan Kedah, 63 peratus, manakala Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, maisng-masing 60 peratus, 58 peratus, 56 peratus dan 51 peratus.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula menyaksikan sebanyak 59 peratus pengundi keluar mengundi.
Menurut Daftar Pemilih yang dikemas kini SPR, sebanyak 9 773 571 orang pemilih yang layak mengundi pada PRN-15. Mereka terdiri daripada 9 674 456 pengundi biasa, 49 660 anggota tentera serta pasangan, 47 728 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), dan 1727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.