Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 15:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hulu Kelang – Kehadiran golongan istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) sindrom Down, Mohd Shahzereen Abdul Razak, 30 tahun, menceriakan suasana perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, pada pagi tadi.

Shahzereen yang sentiasa bersemangat dan tidak pernah ketinggalan untuk mengundi setiap kali pilihan raya diadakan sudah bersedia sejak dari semalam.

Menurut ibunya, Shahzereen tidak tidur sejak malam tadi kerana terlalu teruja untuk keluar mengundi pada hari ini dan bertemu dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali setelah selesai membuang undi turut berkesempatan beramah mesra dengan Mohd Shahzereen dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama dengan OKU ini.

Shahzereen teruja bertemu dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Tumpuan di SK Klang Gate pagi ini juga terarah pada kehadiran selebriti sensasi tanah air, yang juga merupakan adik kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, iaitu Mohamed Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Azwan Ali.

Beliau yang hadir seawal pagi berkata bahawa keputusan untuk keluar mengundi dilakukan pada saat akhir.

Selebriti sensasi, Azwan Ali bergambar di hadapan pusat pengundian.

Disoal mengenai pilihan tentang calon yang diundi, beliau menyatakan bahawa bukan darah daging yang menjadi percaturan, namun pemimpin yang berkredibiliti yang benar-benar menjalankan tugas menjadi pilihan.

Persaingan cukup sengit kali ini, namun terpulang pada pengundi untuk membuat keputusan yang terbaik.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi