Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

Suasana pengundi yang hadir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru ketika tinjauan media sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15, hari ini.

Kuala Lumpur –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui laman web rasminya melaporkan peratusan pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ialah 30 peratus setakat pukul 11.00 pagi ini.

Pengundi warga emas turut membuang undi bagi menjalankan tanggungjawab terhadap negara.

Terengganu merekodkan peratusan mengundi yang tertinggi, iaitu sebanyak 33 peratus, diikuti dengan Kedah, 32 peratus, manakala Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, masing-masing 29 peratus, 28 peratus, 27 peratus dan 26 peratus.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula menyaksikan sebanyak 30 peratus pengundi keluar mengundi.

Menurut Daftar Pemilih yang dikemas kini SPR, sebanyak 9 773 571 orang pemilih yang layak mengundi pada PRN-15. Mereka terdiri daripada 9 674 456 pengundi biasa, 49 660 anggota tentera serta pasangan, 47 728 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), dan 1727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi