Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 12:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Foto :  Khairul Azhar Baharudin

Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, calon Menteri Besar Kedah melambaikan tangan kepada petugas media semasa membuang undi di SK Beris Jaya, Sik sebentar tadi.

Alor Setar – Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan esok (Ahad) 13 Ogos sebagai cuti umum sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kemenangan, sekali gus menubuhkan kerajaan pada hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Muhammad Sanusi Md Nor melalui kenyataan rasminya semalam. Calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu dilaporkan menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Jaya, Sik kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

PN disifatkan sebagai mampu mempertahankan kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan gelombang sokongan terhadap gabungan itu semakin meningkat, biarpun mendapat tentangan hebat daripada gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN)

Sementara itu, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan semalam, bahawa Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya beliau dapat mengekalkan kerusi DUN Jeneri dan gabungan PN itu mendapat mandat rakyat pada hari ini.

PN Kedah pada PRN-15 ini dipercayai telah meletakkan calon-calon berwibawa yang dikatakan mampu memenuhi keperluan masyarakat setempat dengan melibatkan 21 calon dari PAS, Bersatu (13) dan dan Gerakan (tiga).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi