Diterbitkan pada 11 Ogos 2023, 20:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Foto: PLUS Malaysia Berhad

Kajang – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik sesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilihat masih terkawal pagi tadi dan dijangka meningkat luar biasa pada petang ini.

Menurut Utusan Malaysia yang menghubungi Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, iaitu Encik Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata bahawa setakat pukul 11.30 pagi, aliran trafik dilihat masih lagi terkawal pada semua laluan Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut beliau, aliran trafik dijangka meningkat kira-kira pada pukul 5.30 petang berikutan orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik-baik sahaja tamat waktu bekerja.

Encik Mohd Yusuf Abdul Aziz juga menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau menuju ke lokasi mengundi masing-masing agar menyemak lokasi pengundian terlebih dahulu sebelum merancang perjalanan masing-masing.

Semak dahulu pusat mengundi masing-masing sebelum bergerak pulang ke kampung dan pastikan alamat mengundi adalah di lokasi yang dituju.

Trafik dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah ke Genting Sempah arah Kuala Lumpur (KL) setakat pada pukul 4.02 petang tadi.
Trafik di Jabatan Pulau Pinang bergerak perlahan sepanjang jambatan dari Pulau ke Perai setakat pada pukul 4.57 petang tadi.
Trafik di Lebuhraya KL-Karak setakat pada pukul 6.50 petang tadi.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi