Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJurufoto: Khairul Azhar Baharuddin
George Town – Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang diadakan pada November 2022, jumlah pengundi belia yang berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun di seluruh negara adalah sebanyak 1 393 549, sekali gus bakal memberikan impak terhadap Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15) Pulau Pinang.
Pelibatan pengundi muda dilihat apabila Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih dibuat secara automatik telah diwartakan pada 1 Disember 2021 setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Profesor Madya Dr. Lee Kuok Tiung, Ketua Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada hakikatnya sukar untuk diramal tentang kecenderungan pola pengundian pengundi belia terutamanya pengundi yang berusia 18 tahun ketika PRU-15 pada tahun lepas.

“Bagi menarik perhatian pengundi belia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melakukan jelajah di hampir semua universiti awam (UA) di seluruh Malaysia,” ulas beliau,
Tambah beliau,
Pemilihan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai tarikh mengundi juga amat tepat aoabila peperiksaan akhir semester di UA juga baru sahaja selesai dan rata-rata mahasiswa telah pulang ke kampung halaman.

Selain itu, bagi menarik minat pengundi belia di Pulau Pinang, pelbagai manifesto yang dibentangkan sepanjang tempoh 14 hari berkempen seperti memperkenalkan Skim Perumahan Sewa Khas kepada golongan belia dan bujang yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan.
Manakala Perikatan Nasional (PN) pula memaklumkan bahawa PN akan memberikan RM1200 kepada semua anak Pulau Pinang yang akan mendaftar di institut pengajian tinggi (IPT), termasuklah institut pendidikan guru (IPG).
Rekod yang dikeluarkan oleh SPR hingga 21 Jun 2023, menunjukkan bahawa jumlah pengundi belia yang berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun bagi PRU DUN Ke-15 adalah sebanyak 661 905 (6.77%) daripada 9 773 571 pengundi secara keseluruhan dan PRN-15 Pulau Pinang bakal menyaksikan pelibatan sebanyak 67 633 pengundi yang berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun.