Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJurufoto: Mohd Farid Janudin

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan lebih 9.67 juta pengundi untuk membuat semakan awal maklumat serta keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
Dalam kenyataan media SPR pada hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak berkata,
Pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
“Para majikan perlu memberikan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pada masa yang sama, SPR turut mengingatkan pengundi agar membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.
Sehubungan dengan itu, SPR berharap agar semua pihak dapat mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam.
Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan.
Bagi keterangan lanjut, para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat tentang pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui Portal Rasmi SPR atau menghubungi khidmat pelanggan SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.