Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangHadir menyambut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Prof. Dr. Mohd Nazil Salleh.

Majlis ini dianjurkan oleh Tuanku Lailatul Shahreen Centre of Children’s Industry & Childhood (CCIL-UCMI) dengan Kerjasama Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UCMI, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA), PKNS Real Estate, Gaya Travel Magazine, serta rakan-rakan strategik dari industri kanak-kanak.
NCIC 2023 yang bertemakan “Unleashing Creativity, Shaping for Tomorrow” membawa agenda global berlangsung pada 5 dan 6 Ogos 2023.
Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antaranya, termasuklah sembang santai industri kanak-kanak, persembahan pentas, ruang aktiviti untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran industri.
Industri kanak-kanak yang dipersembahkan menekankan sektor penting seperti buku, makanan, permainan dan budaya, pakaian dan aplikasi digital, iaitu setiap sektor ini memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Sharifah Khatreena Nuraniah menzahirkan rasa gembira dengan sambutan yang meriah dan berharap agar program seperti ini diperbanyakkan yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada komuniti setempat, malah juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi kanak-kanak di Malaysia.
Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman.