Diterbitkan pada 20 Jun 2023, 11:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen yang berlangsung di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat pameran yang dihasilkan oleh para pelajar.

Titah baginda, semua pihak berperanan dalam membimbing dan memberikan teladan terbaik kepada anak-anak demi melahirkan generasi masa hadapan yang bermanfaat serta berdaya saing seiring dengan keperluan industri.

Semoga generasi masa ini dapat menepati ciri-ciri modal insan bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan yang mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam semua aspek dan menjadi harapan negara.

Lebih daripada 70 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan diraikan dan anugerah khas kategori guru juga diberikan kepada sebanyak 11 orang guru berdasarkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dalam pelbagai mata pelajaran.

Dalam perkembangan yang sama, Tuanku Pemangku Raja turut berkenan menyampaikan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra kepada pelajar cemerlang, antaranya termasuklah Aina Shaza Hashini (2019), Nur Anis Najihah Aziz (2020), Muhammad Danial Zainudin (2021) dan Imanina Einani Ibrahim (2022).

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Sektor Pengurusan Sekolah di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Sektor Pengurusan Sekolah, Hamidi Md Saad dan Pengetua sekolah, Noorihal Muhammad.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi