Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPhnom Penh, Cambodia – Melalui pendedahan kepada graduan pada peringkat institusi pengajian tinggi, akademi dan institusi TVET di negeri ini, adalah amat diharapkan agar inti pati strategi ini dapat diterapkan oleh semua pemegang taruh bagi membolehkan para pelajar menerima manfaat.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah bagi menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1000 kepada Masjid Nurul Ehsan, Phnom Penh yang diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan, Idris Saleh baru-baru ini.
Aspek pendidikan dan latihan merupakan asas kejayaan dalam usaha untuk memperkasakan modal insan serta merupakan faktor utama bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri dan juga negara.
Hasrat untuk memperkukuh pendidikan dan memperkasa modal insan dengan memperluas peluang pendidikan, meningkatkan kualiti program latihan kemahiran dan meningkatkan jaringan kerjasama dengan industri disambut baik, khususnya bagi negeri Perlis.
Tambah baginda,
Pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi aspirasi untuk mendorong pembangunan pengetahuan dan kecekapan rakyat dapat dilihat melalui tiga bentuk pembelajaran iaitu secara formal, bukan formal dan tidak formal perlu diperkukuhkan lagi bagi membangunkan rakyat yang mampu mengenal pasti kelemahan diri dan berupaya mengubah serta memperbaiki nasib diri serta keluarga.
Keberangkatan Tuanku Pemangku Raja bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi oleh Setiausaha Ketiga Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Mohd Syazwan Mohd Nasir.