Diterbitkan pada 16 Mei 2023, 12:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Cambodia 2023, semalam.

Phnom Penh, Cambodia – Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan memberikan sokongan kepada kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Cambodia 2023 pada semalam.

Antara sukan yang disaksikan oleh baginda berdua, termasuklah sukan lawan pedang, gusti dan tae kwon do di pusat konvensyen dan pameran Antarabangsa Chroy Changvar.

Keberangkatan baginda berdua diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbangtara Sukan SEA, Datuk M. Rajasekaran yang juga merupakan anak kelahiran Perlis.

Pada acara sebelah malam, baginda turut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak wanita antara Vietnam dengan Myanmar di Stadium Olimpik Cambodia, selain memberikan tanda sokongan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, perlawanan itu dimenangi oleh pasukan Vietnam dengan 2 jaringan gol daripada kaptennya, Huỳnh Như dan pemain muda Nguyễn Thị Thanh Nhã.

Dalam perkembangan lain, baginda telah bertemu dengan Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam; Dato Seri Chaiyapak Siriwat, Ketua Pegawai Eksekutif Southeast Asian Games Federation dan juga Tomas Eriksson, Presiden Persekutuan Floor Ball Antarabangsa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi