Diterbitkan pada 5 Mei 2023, 18:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Masjid As-Solihin, Kampung Bawah Bukit, Chuping untuk menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs, hari ini.

Chuping – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan masyarakat agar memainkan peranan masing-masing dalam usaha meningkatkan kualiti dan impak pendidikan kepada masyarakat, terutamanya golongan asnaf.

Isu berkaitan dengan kualiti guru, kepimpinan sekolah, kurikulum dan pentaksiran, kemampuan murid menguasai bahasa, peranan ibu bapa dan masyarakat, penggunaan sumber yang berkesan serta kapasiti dan keupayaan sistem penyampaian pendidikan negara harus sentiasa diberi perhatian serius.”

“Jika semua aspek ini terus dimantapkan melalui satu proses transformasi pendidikan secara menyeluruh, sudah pasti generasi muda mampu dipersiapkan untuk menerajui negara pada masa akan datang dengan mantap sekali.

Sumbangan diberikan kepada 130 orang asnaf di kariah Chuping dan Bukit Keteri.

Titah Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat ke Masjid As-Solihin, Kampung Bawah Bukit, Chuping untuk menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sebanyak 130 orang asnaf terpilih melibatkan para penerima dari kariah masjid berkenaan dan juga kariah Bukit Keteri.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mufti Negeri Perlis, Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Masing-masing menerima RM700 daripada baginda.

Pada masa yang sama, Pemangku Raja Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menitahkan bahawa pihak MAIPs melalui Ahli Jawatankuasa Pelajarannya, turut sama sentiasa memikirkan kaedah terbaik bagi memainkan peranan kecilnya membantu Jabatan Pendidikan Negeri demi melonjakkan lagi sistem pendidikan negara.

Baginda yakin hasrat untuk memajukan sektor pendidikan akan terlaksana dengan izin Allah SWT melalui segala perancangan serta inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi