Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mengingatkan semua rakyat agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati, terutamanya sewaktu perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba ini.
Titah baginda, setiap orang harus mengingatkan keluarga masing-masing supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil segala langkah pencegahan yang sesuai terhadap penularan COVID-19 yang masih wujud hingga ke hari ini.
Semoga pada hari istimewa ini akan membawa keceriaan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada semua umat Islam untuk meraikan nikmat setelah sebulan berpuasa.
Raikanlah hari kemenangan yang berbahagia ini bersama-sama insan yang tersayang, sahabat handai, masyarakat setempat dan seluruh kaum muslimin serta muslimat, untuk sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain dalam meraikan serta memeriahkan lagi hari yang penuh bermakna ini.

Demikianlah titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Mesra Ukhwah Silaturahim 2023 bersama warga petugas Istana Arau yang diadakan di Bilik Menghadap Kuning Istana Arau, hari ini.
Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda turut berpesan,
Pengguna jalan raya yang ingin membuat perjalanan jauh perlu sentiasa cakna akan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad.
“Rancanglah perjalanan masing-masing supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya, kawasan rehat dan plaza tol pada musim perayaan yang akan menjelang tiba.
Tambah baginda, pengguna jalan raya juga haruslah memandu dengan secara berhemah, selain mendapatkan rehat yang mencukupi, patuhi had laju dan berhati-hati di jalan raya.
Baginda mendoakan agar semua selamat sampai pergi dan balik ke destinasi yang dituju ke pangkuan keluarga tersayang di kampung halaman.